Sahabat yang paling Dermawan, Abu Bakar

Abu Bakar Sahabat Yang Paling Dermawan

Sesungguhnya Abu Bakar radhiallahu ‘anh merupakan sahabat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam yang paling banyak menderma dengan kerelaan hatinya dibandingkan dengan para sahabat selainnya. Beliau juga merupakan orang yang paling banyak membantu baginda dari segala sudut sehinggakan baginda menjadikannya teman setia serta saudara baginda berbanding para sahabat lainnya. 

‘Umar al-Khaththab radhiallahu ‘anh berkata, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menyuruh kami bersedekah. Ini bertepatan dengan harta yang ada pada aku. Aku berkata: “Jika satu hari aku akan menang di atas Abu Bakar, maka hari inilah aku akan menang atas beliau.” Lalu aku datang dengan setengah harta aku, lalu Rasulullah bertanya: “Apa yang kamu tinggalkan untuk ahli keluarga kamu ?” Aku menjawab: “Sepertiga.” Lalu datang pula Abu Bakar membawa seluruh harta yang ada padanya. Maka bertanya Rasulullah: “Wahai Abu Bakar, apa yang kamu tinggalkan untuk ahli keluarga engkau ?” Abu Bakar menjawab: “Aku tinggalkan untuk mereka Allah dan Rasul-Nya.” Berkata Umar: “Aku memang tidak akan menang di atas Abu Bakar sesuatupun selama-lamanya.”

Abu Sa‘id al-Khudri radhiallahu ‘anh menerangkan bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pernah berkata:

إِنَّ مِنْ أَمَنِّ النَّاسِ عَلَيَّ فِي صُحْبَتِهِ وَمَالِهِ أَبَا بَكْرٍ وَلَوْ كُنْتُ مُتَّخِذًا خَلِيلاً غَيْرَ رَبِّي لاَتَّخَذْتُ أَبَا بَكْرٍ وَلَكِنْ أُخُوَّةُ الإِسْلاَمِ وَمَوَدَّتُهُ.

Sesungguhnya manusia yang paling mententeramkan atas diriku di dalam persahabatan dan hartanya adalah Abu Bakar, dan jikalau aku mengambil seorang kekasih selain Tuhanku, nescaya Abu Bakarlah yang aku ambil sebagai kekasih, namun dia adalah saudaraku dan sahabatku.

A’isyah radhiallahu ‘anha berkata bahawa Abu Bakar telah menginfakkan kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam sebanyak 40,000 dirham.[6] Abu Hurairah radhiallahu ‘anh menjelaskan bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda:

مَا نَفَعَنِي مَالٌ قَطُّ مَا نَفَعَنِي مَالُ أَبِي بَكْرٍ.

Tidak ada harta yang bermanfaat kepada aku sebagaimana harta Abu Bakar telah memberi manfaat kepada aku.

*Sumber dari hafizfirdaus.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s