Tangisan Imam Ahmad bin Hanbal RA

Syair Ini Membuat Imam Ahmad Menangis

IMAM Ahmad Bin Hanbal Rahimahullah telah ditanya muridnya Abu Hamid al-Khulqani tentang pendapat beliau terhadap syair-syair yang berkaitan syurga dan neraka. Lalu beliau bertanya,”Seperti apa? Contohnya?” Lalu Abu Hamid al-Khulqani mendendangkan syair ini. Usai dua kalimat pertama Imam Ahmad terus menangis teresak-esak dan segera masuk ke dalam rumahnya. Tangisan beliau begitu kuat sambil mengulang-ulang dua rangkap pertama itu. Muridnya meriwayatkan: Kami mendengar tangisan Imam seolah-olah beliau akan mati.

إذا ما قال لي ربي أما استحييت تعصيني؟

وتُـخفي الذنبَ عن خلقيَ وبالعصيانِ تأتيني

Apabila tiba saat Tuhanku berkata padaku:

Tidakkah engkau malu melakukan maksiat kepadaku?

Engkau menyembunyikan dosa dari makhlukku

sedang dengan dosa engkau datang berjumpaku?

فكيف أجيبُ يا ويحي ومن ذا سوف يحمين ؟

Maka bagaimanakah aku boleh menjawabnya

dan siapalah yang boleh mempertahanku?

أسلي النفس بالآمالِ من حينٍ الى حيني

وأنسى ما وراء الموت ماذا بعد تكفيني

Aku sentiasa mendamaikan perasaanku

dengan harapan-harapan dari detik ke detik

Sedangkan aku lupa apa yang berlaku selepas kematian,

apalah yang cukup untukku

كأني قد ضمنتُ العيش ليس الموت يأتيني

Seolah-olahnya aku telah dapat menjamin

akan terus hidup dan kematian tidak akan datang

وجاءت سكرة الموت الشديدة من سيحميني؟

Jika tibalah saat sakit kematian siapalah

yang boleh menahannya dariku?

نظرتُ الى الوُجوهِ أليـس منهم من سيفدينـــي؟

Aku hanya mampu melihat wajah-wajah di depanku

adakah seseorang di kalangan mereka yang boleh menebusku?

سأسأل ما الذي قدمت في دنياي ينجيني

Aku bakal ditanya apalah yang telah aku

persembahkah di duniaku dahulu yang

boleh menyelamatkan daku

فكيف إجابتي من بعد ما فرطت في ديني

Bagaimanalah jawabanku setelah mana aku

mengabaikan urusan agamaku?

ويا ويحي ألــــم أسمع كلام الله يدعوني ؟

Oh! Kesalnya, apakah aku tidak pernah mendengar

kalam Allah yang menyeruku?

ألــــم أسمع لما قد جاء في قاف ويسِ

Apakah aku tidak pernah mendengar

kandungan surah Qaf dan surah Ya Sin

ألـــم أسمع بيوم الحشر يوم الجمع و الديني

Apakah aku tidak pernah mendengar tentang

hari perhimpunan, perkumpulan dan pembalasan.

ألـــم أسمع مُنادي الموت يدعوني يناديني

Tidak pernahkah aku mendengar penyeru

kematian yang mengajakku dan memanggilku?

فيا ربــــاه عبدُ تــائبُ من ذا سيؤويني ؟

Wahai Tuhanku, inilah seorang hamba

yang kembali, siapalah yang sanggup menerimanya?

سوى رب غفور واسع للحقِ يهديني

Kecuali Tuhan yang maha pengampun, yang maha kaya,

Yang sentiasa memberiku pedoman ke jalan kebenaran.

أتيتُ إليكَ فارحمني وثقــّـل في موازيني

Aku mendatangiMu maka kasihanilah daku

Dan beratkanlah neraca timbanganku

وخفف في جزائي أنتَ أرجـى من يجازيني

Ringankalah pembalasanku kerana Engkau

sahajalah paling diharap kebaikannya

apabila melakukan pembalasan

Dinukil dari Kitab Manaqib Imam Ahmad hal. 205 oleh Ibnu Jauzy.
http://www.islampos.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s