Sepenggal kisah Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS

Mari kita menyingkap kembali sejarah Nabi Ibrahim sewaktu baginda menziarahi menantunya. Pada waktu itu puteranya Nabi Ismail tiada dirumah sedangkan isterinya belum pernah bertemu dengan mertuanya, Nabi Ibrahim. Apabila sampai di rumahnya terjadilah dialog antara Nabi Ibrahim dan menantunya….

Nabi Ibrahim : Siapakah kamu?
Menantu : Aku isteri Ismail
Nabi Ibrahim : Dimanakah suami mu, Ismail?
Menantu : Dia pergi berburu.
Nabi Ibrahim : Bagaimanakah keadaan hidupmu sekeluarga ?
Menantu : Oh kami semua dalam kesempitan dan (mengeluh tidak penah senang dan lapang)
Nabi Ibrahim : Baiklah! Jika suami mu pulang sampaikan salamku padanya, katakan padanya tukar tiang pintu rumahnya (kiasan untuk menceraikan isterinya)
Menantu : Ya baiklah

Setelah Nabi Ismail pulang dr berburu ,isterinya terus menceritakan tentang orang tua yang telah singgah di rumah mereka….

Nabi Ismail : Adakah apa yg ditanya oleh orang tua itu?
Isteri : Dia bertanya tentang kehidupan kita….
Nabi Ismail : Apa jawapanmu?
Isteri : Aku ceritakan kita ni orang susah, hidup kita ni selalu dalam kesempitan tidak penah senang…
Nabi Ismail : Ada dia pesankan apa-apa?
Isteri : Ya ada, dia pesan supaya aku menyampaikan salam kepadmu serta meminta kamu menukarkan tiang pintu rumahmu…
Nabi Ismail : Sebenarnya dia tu ayahku, dia menyuruh kita berpisah. Sekarang kembalilah kepad keluargamu…
Ismail pun menceraikan isterinya yang suka merungut, tidak bertimbang rasa serta tidak bersyukur kepada takdir Allah SWT. 

Tidak lama selepas itu Nabi Ismail berkahwin lagi,s etelah sekian lama, Nabi Ibrahim datang lagi ke Mekah dengan tujuan menziarahi anak dan menantunya. Terjadi lagi pertemuan antara mertua dan menantu yang saling tidak mengenali.

Nabi Ibrahim : Dimana suamimu?
Menantu : Dia tiada dirumah,dia sedang berburu
Nabi Ibrahim : Bagaimana hidupmu sekeluarga mudahan dalam kesenangan
Menantu : Syukur kpd Tuhan, kami semua dlm keadaan sejahtera tiada apa yang kurang.
Nabi Ibrahim : Baguslah kalau begitu
Menantu : Silalah duduk sebentar, boleh saya hidangkan sedikit makanan
Nabi Ibrahim : apa pula yang kamu nak hidangkan?
menantu : ada sedikit daging,tunggulah saya sediakan minuman dahulu
Nabi Ibrahim : ( berdoa) Ya Allah! Ya Tuhanku berkatilah mereka dalam makan minum mereka. Baiklah nanti bila suami mu pulang sampaikan
salamku kepadanya. Suruhlah dia kekalkan tiang pintu rumahnya (kiasan untuk mengekalkan isteri Nabi Ismail)

Apabila Nabi Ismail pulang seperti biasa dia bertanya sekiranya ada sesiapa yang datang mencarinya.

Nabi ismail : Ada sesiapa datang semasa ketiadaan aku dirumah
Isteri : Ya ada seorang tua yang baik rupanya dan perwatakan sepertimu
Nabi Ismail : Apa katanya?
Isteri : Dia bertanya tentang hidup kita
Nabi Ismail : Apa jawapanmu…
Isteri : aku nyatakan kepedanya hidup kita dalam keadaan baik tiada apa yang kurang, aku ajak dia makan dan minum.
Nabi Ismail : Ada dia pesan apa-apa?
Isteri : Ada, dia kirim salam buatmu dan suruh kekalkan tiang pintu rumahmu…
Nabi Ismail : Oh begitu…sebenarnya dialah ayahku..tiang pintu yang dimaksudkannya itu ialah dirimu yang diminta untuk kekalkan….
Isteri : Alhamdulillah..syukur…

Bagaimana pandangan anda tentang petikan sejarah ini…sejarah ini sungguh menyentuh jiwakan…
( dipetik dalam buku bertajuk 70 sifat lelaki dan wanita yang perlu diketahui)

*Sumber dari bersihjiwahati.blogspot.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s